Monday, December 29, 2008

siapa lebih baik

Raden kadang kala pening juga bila banyak baca peper, makin banyak pula cite tentang ci polan itu lebih baik daripada c polan ini. C polan itu seorang pejuang bangsa yang benar benar berjuang demi keadilan rakyat, manakala c polan ini pula berjuang dek kerana dia berada di atas singgahsana pemerintahan. C polan itu dengan angan angan nya masih tinggal angan angan 16 sepetember. Dulu pun dia pernah memerintah, tapi dia lupa apa yang sepatutnya dia buat semasa memerintah. C polan ini pula dengan nada cool terus memerintah dengan caranya tersendiri. Bagi Raden, biar la rakyat di perintah oleh pemerintah yang rakyat pilih. Pemerintah yang bejaya membawa keamanan dan kemajuan kepada rakyat. Semua rakyat. dan sekalu pemerintah, mana mana pun harus menunjukkan kepimpinan yang telus barulah mendapata kepercayaan dari semua rakyat.

Thursday, December 4, 2008

Sokong

Raden setuju dan sokong bangat ngan kenyataan Pak lah nak selesai semua isu sebelum beliau turun pada Mac depan. Bagi Raden tu lah impian seorang pemimpin yang benar benar berjuang demi bangsa, agama dan negara. Selaku rakyat, Raden juga mau negara kita ini bebas dari sebarang isu seperti rasuah kerana rasuah adalah kenser yang boleh meranapkan negara. Apa pun Raden juga bersyukur para pemimpin berusaha keras untuk membenteras gejala ini.

Wednesday, August 6, 2008

Berpatah arang berkerat rotan, salam perkenalan raden hulurkan. Pepatah Melayu cukup indah untuk diungkapkan. Seindah dan selembut lenggok bahasa warisan bangsa. Menjadi warga pada bangsa yang disegani menjadi kebanggaan kita semua. Kebangaan yang perlu kita pertahankan apa tah lagi kita bakal menyambut bulan kemerdekaan yang ke 51 pada 31 Ogos 2008.
Bagi sebuah negara bangsa 51 tahun itu cukup muda rasanya, tapi bagi kita yang menjadi warganya 51 tahun itu cukup indah dilalui. dari zaman datuk nenek kita yang terpaksa makan ubi kayu, kini kita mampu makan apa juga yang kita idamkan. Betapa kita begitu dirahmati dengan kemakmuran dan keamanan. Kemakmuran dan keamanan yang dicemburui oleh orang luar. Mana kan tidak, di kala kita mencemuh kerajaan kerana harga bahan api dan harga barang naik, ramai yang menyelusup masuk ke negara kita mencari secebis belas sesuap nasi. Ramai yang membina hidup dan keluarga dek kemakmuran negara kita yang kadang kadang kita alfa betapa kita harus sentiasa bersyukur kerana dilahir, dibesar dan menjadi manusia di bumi yang dirahmati.
Kekadang kesedihan bercambah di hati, melihat orang kita lupa diri lupa asal usul kita di bumi sendiri. Bumi dan tanah ini milik kita yang kita diwarisi dan bakal diwariskan keapda anak cucu kita. Tapi apakah selama ini kita pernah fikirkan apa yang kita bakal tinggalkan untuk anak-anak dan cucu kita. Adakah sebuah kemakmuran atau sebuah kehancuran dek kerana haloba sesetengah pemimpin yang sanggup menghancurkan negaranya cuma keran nak memuaskan nafsu serakahnya. Sanggup kah kita melihat negara kita hancur dek perbuatan sedemikian. Fikir-fikirkan lah