Wednesday, August 6, 2008

Berpatah arang berkerat rotan, salam perkenalan raden hulurkan. Pepatah Melayu cukup indah untuk diungkapkan. Seindah dan selembut lenggok bahasa warisan bangsa. Menjadi warga pada bangsa yang disegani menjadi kebanggaan kita semua. Kebangaan yang perlu kita pertahankan apa tah lagi kita bakal menyambut bulan kemerdekaan yang ke 51 pada 31 Ogos 2008.
Bagi sebuah negara bangsa 51 tahun itu cukup muda rasanya, tapi bagi kita yang menjadi warganya 51 tahun itu cukup indah dilalui. dari zaman datuk nenek kita yang terpaksa makan ubi kayu, kini kita mampu makan apa juga yang kita idamkan. Betapa kita begitu dirahmati dengan kemakmuran dan keamanan. Kemakmuran dan keamanan yang dicemburui oleh orang luar. Mana kan tidak, di kala kita mencemuh kerajaan kerana harga bahan api dan harga barang naik, ramai yang menyelusup masuk ke negara kita mencari secebis belas sesuap nasi. Ramai yang membina hidup dan keluarga dek kemakmuran negara kita yang kadang kadang kita alfa betapa kita harus sentiasa bersyukur kerana dilahir, dibesar dan menjadi manusia di bumi yang dirahmati.
Kekadang kesedihan bercambah di hati, melihat orang kita lupa diri lupa asal usul kita di bumi sendiri. Bumi dan tanah ini milik kita yang kita diwarisi dan bakal diwariskan keapda anak cucu kita. Tapi apakah selama ini kita pernah fikirkan apa yang kita bakal tinggalkan untuk anak-anak dan cucu kita. Adakah sebuah kemakmuran atau sebuah kehancuran dek kerana haloba sesetengah pemimpin yang sanggup menghancurkan negaranya cuma keran nak memuaskan nafsu serakahnya. Sanggup kah kita melihat negara kita hancur dek perbuatan sedemikian. Fikir-fikirkan lah

5 comments:

Mayang Sari said...

raden selalu dikaitkan dengan mas.. apakata berjimat skit guna raden silver or raden gangsa ke??

rumandawi said...

rasa bersyukur harus ada di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. jika tiada rasa menghargai terhadap apa yang dinikmati selama 51 tahun merdeka, maka kemakmuran tidak akan dapat dicapai.

MR.WILD_DRAGON said...

betul kata rumandawi.....Yang paling penting perpaduan antara kaum tu paling penting ...setiap hari isnin mesti kena baca ikrar rukun negara kan...cuba baca betul2 rukun negara...apa matlamatnya yang pertama......walau apa pun LU PIKIR LA SENDIRI

MR.WILD_DRAGON said...

just leave ur comment on mysite....ok....

rumandawi said...

TO RADEN MAS

SALAM SYAWAL..
BALIK KAMPUNG TU, HATI2 MEMANDU. INGAT ORG2 TERSAYANG..